Assalamualaikum dan salam jumaat yang barakah.
Semalam, kawan aku call. Aku pon apa lagi, sound direct lah kat dia sebab since cuti dia boleh pulak off hp. Makanya, dia pon bagitahu lah reason dia menyepikan dia sementara. Actually, aku dah dapat agak sebab dia off handphone. Kenal sangat2. Makanya, (eh banyak pulak makanya) aku pun terfikir untuk berkongsi dengan korang. Ya, tentang hati dan perasaan. (lagi). Haha. Eh, suka hati aku lah nak jiwang2, ini kan belog aku, bukan belog hengkau!. Hoho. :p
Dia, Sara (bukan nama sebenar) berkawan rapat dan baik dengan Ikmal (bukan nama sebenar) sejak tahun pertama kitorang di IPG. Memang aku tahu Sara sukakan Ikmal. Ikmal pun tahu. Tapi, aku sangat2 tak faham kenapa Ikmal still melayan Sara macam lebih dari seorang kawan. Main tarik tali. Dan Sara walau sedih, sakit hati macam mana pun dengan sikap Ikmal, dia tetap sabar dan setia pada Ikmal.
Mula2 aku marah. Sampai satu tahap, aku deletekan nombor Ikmal dari handphone Sara. Kejam tak aku? Eh, aku tak kejam, tapi Ikmal yang kejam. Dia tahu Sara sukakan dia, kalau dia takde perasaan yang sama, tolonglah jangan bagi harapan pada Sara. Dia layan Sara depan orang ramai, jaga dan prihatin pasal Sara sampai orang lain fikir yang diorang ni betul2 ada hubungan. Cuma, tak dihebahkan. Sedangkan hakikatnya, Ikmal tak pernah luah apa2 pada Sara, dan pastilah diorang ni hanya setakat kawan biasa saja. Tambah menyakitkan hati, Ikmal mengaku yang dia sedang tunggu seseorang. Sara sendiri pernah nampak Ikmal keluar dengan perempuan lain. Jadi, untuk apa Ikmal nak layan Sara macam tu lagi kan?
Aku rasa, Ikmal sukakan Sara. Tapi, Sara hanya pilihan kedua kalau sekiranya gadis yang Ikmal tunggu tu reject dia. Ikmal tak nak lelaki lain rapat dengan Sara sebab dia taknak hilang Sara yang dah banyak tolong dan sokong dia. Senang cerita, Sara ni boleh dikatakan PA tak rasmi Ikmal. Kebetulan, banyak urusan kerja IPG yang diorang kena urus sama2. Hanya Sara yang kenal dan boleh sabar perangai Ikmal. Jadi, orang lain pon suka mintak tolong Sara jadi orang tengah kalau ada hal dengan Ikmal. Macam mana pun Sara nak lari, mesti ada je hal yang perlu libatkan Ikmal.
Nak je aku cakap yang Ikmal ni ambil kesempatan, tapi macam kejam sangat kan? Huhu.
Masa exam week, Sara ambil keputusan untuk jauhkan diri dengan Ikmal. Diorang tak contact langsung. Selisih dekat mana2 pon, tak bertegur sapa. Ikmal pon dengan ego dia tak bertegur jugak dengan Sara. Aku tengok Sara tak happy macam selalu. Tak banyak cakap, asyik mengadap movie sorang2. Tak pun baring atas katil sambil baca novel.
Ada satu hari tu, aku nampak Sara calling dengan someone. Pada takrifan aku yang bijak ni, haha, mesti Sara tengah bercakap dengan Ikmal. Lepas tu, aku tengok, Sara satu hari happy semacam. Dah mula nak gelak, nak lepak2 sambil buat perangai giler. Bila disiasat, yeahhh memang dia ada contact dengan Ikmal. Atas urusan kerja dan bukan peribadi tapi see, Sara kembali happy.
So guys, what do you think?
Penantian itu satu penyiksaan. Menanggung rindu pada seseorang yang tidak sudi itu sangat menyakitkan. Tapi, realiti hati seorang perempuan, dia hanya perlukan perasaan cinta tu kekal. perasaan cinta itu sudah mampu buat dia bahagia. Hmm...
Walaupun Ikmal tak pernah balas cinta Sara, hanya tahu memainkan hati Sara, tapi Sara tetap setia. Sebabnya? Sebab Sara sayangkan Ikmal. Biarpun duri yang Ikmal hidangkan, sebab sayang Sara sanggup telan. Asalkan Ikmal ada depan mata, ada di sisi. Kalau Sara melepaskan Ikmal pergi, Sara akan hilang keupayaan untuk berdiri. Sebab, selama ini dia bangun hanyalah untuk merasai kehadiran Ikmal. Kalau jasad Ikmal ditinggalkan, apa lagi alasan dia untuk berdiri?
Aku pernah bagi ayat ni pada Sara untuk ditujukan pada Ikmal ;
"CHOOSE ME OR LOOSE ME. I'M NOT YOUR BACK UP PLAN OR YOUR SECOND CHOICE"
Tapi, Sara tak pernah kisah. Masih juga mengharapkan Ikmal. At last, aku biarkan Sara buat keputusan. Aku tak rasa apa yang dia rasa. Jadi, aku tak berhak tentukan keputusan apa yang patut diambil. Sebagai seorang kawan, aku cuma nak lihat dia bahagia. Dan, jelas terpampang,
dilayan sedemikian itu sudah cukup bahagia bagi Sara asalkan Ikmal ada di sisi, berbanding meninggalkan Ikmal, semua itu akan lebih mengundang luka yang lebih dalam.
For you guys, pengalaman seiring usia mematangkan kita. hidup ini terlalu singkat untuk disia-siakan. Rebutlah peluang dan jalan-jalan kebahagian yang terhidang. Kadang2, kita sampai di persimpangan. Kau harus memilih satu antara dua. Kau perlu yakin dan kuat untuk meneruskan perjalanan biarpun kau tidak pasti sama ada pilihan itu tepat atau tidak.
Till then,
GENGGAMLAH SESUATU YANG BUAT KAU TENANG,
LEPASKAN SESUATU YANG BUAT KAU BIMBANG.
Bisik-bisik : Bahagia perlu dicari.. :)


